Friday, September 21, 2018

Kenapa Suction Breastpump Tak Kuat?

Breastpump tak ok ke?

Breastpump 😀
.
.
.
Bila pam susu, pastu susu tak nak keluar, sila lah check balik breastpump anda. Mesti ada part tak cukup, atau ada part yang berlubang ke. In my case, getah tu dah hilang. Patut la semalam suction slow je. Sudahnya kita ganti dengan getah je lah 😅. Baru la suction ok balik.
.
Antara Malish & Autumnz, Aino suka Autumnz. Cuma, autumnz corong pendek. Malish corong panjang. Kalau uols nak beli breastpump, better cuba dulu baru beli. Or boleh tanya review kawan2. Sebab breastpump ni berbeza corong & suction. Ada yang suka corong pendek / panjang, ada yang suka suction kuat / slow. So, solution nya, pegi try dulu. 
.
Macam Aino, sebelum bersalin Aino try dekat pump on the go. Tapi tak beli lagi time tu. Lepas bersalin baru beli. Bukan ape, kadang2 kita plan nak beli time nak naik keje, tapi tiba2 kena bengkak susu, or anak kuning kena masuk wad or worst part, anak kena tahan. Memudahkan husband untuk belikan pam untuk kita 😀
.
Bakal mommies, sila ambil tahu jugak ye pasal breastpump, pasal penyusuan. Nak menyusu ni bukan sekadar selak dan susukan je, banyak lagi ilmu nak kena tahu. Ringankan tangan google info & tanya kawan- kawan lain 😀
.
.
Aino simpan susu kat dalam plastik je. Jimat space dalam fridge.
.
.
Alhamdulillah rezeki untuk 1 sesi 😀
.
Kalau susu tak keluar, tapi breast bengkak, jangan lupa check breastpump ok 😀. Kadang corong tak betul pun boleh jadi punca.
.
.
Nak beli plastik breastpump comel?
Jom tengok instagram Aino . Macam-macam jenis ada.
.
muslimah.nursing.attire
femilackotadamansara

whatsapp : www.wasap.my/60135392953/milkStorage



#tipspenyusuan

Thursday, September 20, 2018

Tips Menyusu Di Tempat Awam


Setengah orang rasa menyusu ni leceh. Sebab susah nak menyusu di tempat awam, rasa leceh nak kena bawak breastpump, renyah nak cari tempat nak menyusu. Lepas tu, baby tak sabar nak menyusu, last-last terus ajak suami balik 😅.
.
.
Aino nak share pengalaman Aino menyusu di tempat awam.

1. Pakai baju yang selesa

Pakai baju yang selesa. Baju yang ada zip atau butang. Nak lagi mudah, pakai baju yang senang nak selak. Ada bukaan selak di dada. Aino pakai baju Feedmilk je. Senang. Baju Feedmilk ni ada banyak jenis, ada tshirt, ada blouse, ada jubah & baju kurung. Jadi boleh pilih ikut keselesaan. Aino selalu pakai tshirt je. Mudah nak bergerak.
.
.
Contoh baju Feedmilk 👇
Dalam toilet pun jadi nak Ootd 😂 . Baju ni asalnya baju kurung. Tapi kalau keluar dengan anak-anak Aino pakai dengan seluar je.
.
.
Ni contoh tshirt
.
Bukaan selak dia
.
.
2. Pakai Tudung Yang Tutup Dada
.
Pakai tudung yang cover dada. At least kalau nyusu, takde nampak sangat.
.
.
3. Pakai inner menyusu
.
Haa.. yang ni pun penting. Aino pernah beli inner menyusu brand Qissara. Bukaan selak jugak cuma cara selak dia tak sama dengan Feedmilk. Kalau uols still nak pakai baju yang sama ( bukan baju menyusu), elok lah beli inner ni.
.
Contoh inner 👇
.
.
4. Bawa nursing cover / cover dengan Napkin besar
.
Yang ni sekali je Aino buat. Sebab tak dan nak ber nursing cover. Hahaha.. Anak dah menangis nak susu. Tapi, kalau nak pam di opis, Aino memang guna nursing cover. 
.
Aino guna nursing cover dari Marredz. Brang lain pun banyak lagi. Cuma yang ni comel sikit.
.
Contoh Linda Onn guna nursing cover
.

Ni kalau uols guna muslin cover (napkin besar). Gambar ihsan google.
.
.
5. Bawa susu perahan (EBM) dari rumah
.
Kalau yang ni, uols kena la bawak susu dari rumah. Susu tu kena letak dalam cooler bag tau. Bila nak bagi susu, uols kena panaskan dulu susu tu. Nak senang, bawak 1 mug aluminium / besi (yang macam kole kat kedai mamak tu). Then, mintak je air suam (jgn panas menggelegak) kat kedai. Kalau kat shopping mall, biasanya kat baby room ada water dispenser. Senang sikit.
.
Ni la kole nye
.
Contoh nak cairkan susu ibu. Ni kalau letak dalam freezer.
.
.
6. Jangan tunggu sampai baby lapar. 
Hihihi.. kalau tunggu baby lapar, bersedialah nak dengar dia menangis. Tapi uols jangan panik. Rileks je. Kalau uols panik, nanti stress pulak.
.
7. Hadang dengan stroller / mintak suami cover
.
Ni pun satu option jugak. Pernah gak buat macam ni. Tapi Aino pakai baju Feedmilk. Cuma tempat tu ramai & macam segan sikit nak menyusu 😀
.
.
Ada jugak kawan-kawan Aino yang menyusu guna baby carrier. Aino tak reti guna macam tu 😂
.
Apa pun caranya, yang penting kita selesa. Kalau tak selesa, boleh nyusu kat baby room, kat surau. Sekarang kebanyakkan shopping mall ada baby room. Lawa-lawa pulak tu.Rasa nak tido je dok dalam tu. Hahahaha..
.
Semoga sharing Aino ni bermanfaat buat semua 😍😍
.
.
ps : kalau nak beli baju nyusu Feedmilk / tshjrt nyusu muslimah Awanazstyle boleh contact Aino ye.
.
Meh tengok instagram Aino
femilackotadamansara
muslimah.nursing.attire














Trip Ke Kuantan Part 3

Hotel di Bukit Gambang Resort City

First day Aino stay kat Hotel Mandurah Jalan Beserah, Kuantan. Second day Aino stay dekat Arabian Bay Resort Bukit Gambang 😀
.
Kitaorg check out dari Hotel Mandurah pukul 10 pagi. Lepas tu singgah beli kopok lekor Umie dulu. Sedap kopok lekor tu, nanti Aino share tempat dia.
.
Kami sampai dalam pukul 11 pagi. Sampai-sampai je terus ke Water Park dulu. Water park tu, Aino dah share dalam entry sebelum ni. 
.
Jom kita tengok gambar yang Aino sempat tangkap 😀
.
Kat bawah blok 3 ada pasar malam. Maybe weekend je. Aino datang hari Sabtu. Pagi Ahad tu, khemah still ada lagi.
.
.
Dini tengah menyembang dengan kawan. Lif ada 2 je. Kebetulan waktu Aino stay, 1 lif breakdown. Jenuh nak tunggu 😂😂
.
Bilik luas ya amat
.
Ada tv dan balkoni.
Depan blok Aino ada tempat nak main ATV. Nak buat Family Day pun boleh.
.
Toilet pun luas.
.
Ada kedai Serbaneka.
Ni kat Blok utama. Kat blok ni ada Atm Machine, ada cafe, ada kolam. Tapi sorry tak sempat nak tangkap gambar kolam.
.
.
Ni kat main building. Receptionis semua kat sini. Ruang dia semua luas dan lapang. Ada ballroom. So, kalau nak buat event, family day opis ke, gathering ke, memang sesuai.
.
View pasar malam dari atas. Aino tak turun pun. Anak- anak dah mengantuk.
.
So far, ok la duduk sini. Banyak kemudahan yang ada. Kalau nak ke Water Park & safari, just naik je Lori yang disediakan. Tapi, kalau datang ramai-ramai, boleh sewa homestay kat luar. Banyak kedai makan menarik kat area kuantan, tanjung lumpur tu ..
.
Sambung kat next entry untuk Safari pulak 😀














Trip Ke Kuantan Part 2

Bukit Gambang Resort City
.
Tak jauh rupanya Gambang ni dari KL. Kalau nak dekat, exit kat Setia Jaya. Lagi senang. Tapi Aino bukan dari KL. Aino dah stay semalam kat Kuantan. Waktu nak balik je Aino ikut Setia Jaya.
.
Sebelum nak check in hotel BGRC, kami masuk Waterpark dulu. Mengisi masa terluang. So far, memang menarik tempat dia. Sesuai untuk semua peringkat umur. Life Guard pun banyak dan memang menjalankan tugas. Air pun bersih, toilet pun ok. Ada locker & pondok kecil untuk disewa disediakan. So tak perlu susah payah. Kalau tak nak mandi, boleh lepak-lepak kat pondok. Makan pun ok. Harga takde la mahal sangat. Standard cafe . Ciken nugget Rm9 sebekas. Pizza Rm19.90 untuk 1 set.
.
Walaupun ramai orang, sebab Aino pegi time public holiday, tapi still terkawal lagi 😀 . Jom kita layan gambar yang ada. Tak banyak gambar ada. Sebab dok mengepung budak kecik 😂😂
.
.
~Pintu masuk~
.
.
Harga Tiket
Takde la mahal sangat . Budak 2 tahun Free.
Walaupun dia cakap tak boleh bawak makanan. tapi boleh la try selit-selit makanan(roti ke, biskut ke, jangan la bawak lauk pauk lak 😂). Letak kat bawah sekali ke. Kat atas tu letak baju, letak pakaian dalam, letak baju padat-padat.Nanti dia pun segan nak check.
.
Kat dalam ni tak de pakai cash. Kita kena topap kat wrist band. Boleh topap siap-siap kat kaunter luar, atau boleh topap kat kaunter dalam Waterpark kat area locker. 
.
Kalau datang time birthday, masuk percuma tau. Haaa..boleh plan lagi hujung tahun ni 😂😂
.
Ada diskaun untuk student. Jangan lupa bawak student card.
.
.
Peta Theme Park
.
Sebelah cafe ni ada toilet & shower. Kat situ ada locker gak. So far Aino tengok ada 2 tempat shower. Bersih.
.
Penguin Island. 
Ramai yang tunggu bawah shark tu 😂. Tunggu air jatuh
Ni orang dok tunggu air. Realiti nya, lagi ramai yang tunggu 😀
.

Pondok tempat rehat. Boleh disewa. Tak silap Rm38 + Deposit . Lupa pulak nak tangkap gambar harga.
.
Ni kolam biasa
.
Tempat main budak-budak lagi
.
Yang ni ada slide & ada slide terowong. Untuk budak-budak ok.
.
Glacier river. Rilex- rilex dok dalam pelampung.
.
Ni je yang Aino sempat tangkap. Sambil dukung Dekma, sambil tangkap gambar. Banyak lagi yang menarik. Ada coco beach. Tiap kali ada ombak, dia akan bunyikan siren. Pastu ada 6 lane slide laju. Siap boleh terbang lah 😂. Ada gak slide terowong yang panjang. Then ada slide yang mcm water rafting tu. Dok dalam pelampung donut. Semua ride ni, dari budak 10 tahun boleh naik dah. Depends pada tahap keberanian dia 😀
.
.
Tempat makan. Ni cafe pizza. Ada lagi cafe lain.
.
Waterpark ni, kalau korang jenis datang memang nak mandi, tak perlu sewa pondok tu. Sewa loker je. Pastu jangan lupa bawak Plastik Cover hp . Senang nak tangkap gambar 😂

.
Kalau ada gopro, bawak la gopro. Lagi senang.
.
Tu baju putih merah tu, life guard. Tu yang tak nak turun tu, anak Aino la tu 😂. Dia suka mandi kat Coco Beach je. Dok kat tepi pasir. Hahaha..
.
Kalau korang stay kat BGRC ni, korang park je kat hotel then naik je tram ni. Senang. Tak perlu susah susah nak cari parking.
.
Okay..Ni je serba sikit pengalaman Aino. Hope dapat membantu korang. Aino pun saje share sini. Next time nak datang lagi, boleh refer sini 😀.
.
Ps : Lupa nak bagitau. Water park ni boleh masuk banyak kali. Tapi hari yang sama lah. 
.
.
.

~Links~
Trip Ke Kuantan Part 1 - Hotel Mandurah
https://inibelogaino.blogspot.com/2018/09/trip-ke-kuantan-part-1_16.html?m=1



















Monday, September 17, 2018

Susu Kambing Nufael Kota Damansara

Susu Kambing Nufael kini di Kota Damansara & Pusat Perubatan Universiti Malaya
.
.
Yayyy.. Alhamdulillah. Akhirnya stok susu kambing Nufael dah mendarat. Penggemar susu kambing area Kota Damansara / Pusat Perubatan Universiti Malaya, boleh la roger Aino.
.
Jom kita tengok, apa kata customer yang dah try sampel Nufael.
.
.





.
.
Susu Nufael ni untuk yang berumur 2 tahun ke atas, sehingga lah warga emas. Nape tak boleh bagi kat below 2 tahun? Seeloknya, bawah 2 tahun kena minum susu ibu. Kalau susu ibu tak cukup, ibu try minum susu nufael ni. Mungkin dapat membantu 😀
.
.

Susu Nufael 
Cod : Kota Damansara / Pusat Perubatan Universiti Malaya / Universiti Malaya

Pos ke seluruh Malaysia
.
Whatsapp : www.wasap.my/60135392953/Nak+cod+susu+Nufael
.
Instagram : femilackotadamansara
Facebook : Wow Mudahnya Menyusu




16 September 2018

-bendera besar di RnR Genting Sempah-

Selamat Menyambut Hari Malaysia.

Sayangi Malaysiaku

Semoga kita terus hidup aman& harmoni

Susu Kambing Nufael

Best ke Susu Kambing Nufael?
.
Yayyy.. Alhamdulillah. Aino dah dapat sampel susu kambing Nufael.
.
So far, sedap. Tak manis dan takde rasa hamis. Aino bukan penggemar susu. Biasa minum susu coklat, stroberi dan susu yang berperisa je. Kalau susu kambing, memang tak layan sangat. Lagi-lagi kalau yang ada bau hamis, memang la tak boleh telan 😂😂
.
Tapi, Susu Nufael ni lain sikit. Aino boleh telan. Haaa.. pasni boleh la beli sekotak pulak.
.
.
Ni gambar sebelum dikacau. Saje je nak tunjukkan texture dia 😀



Sunday, September 16, 2018

Trip Ke Kuantan Part 1

Penginapan di Hotel Mandurah

Kali ni kami stay kat Hotel Mandurah, Jalan Beserah Kuantan.
.
Hotel yang menarik gak. Depan hotel ada kedai 24 jam. Lepas tu ada Shell & atm Cimb. So sebelum gerak, boleh isi minyak dan keluarkan duit dulu.
.
Kalau nak murah, boleh book melalui agoda. Lepas tu, kalau datang dengan family, book family room. Family room dia lawaa. Ada cermin besar menghadap laut. Aino book bilik biasa katil king. Kalau bawak toto, boleh tido kat bawah tu 😀.
.
~View dari depan hotel~
.
Rate kalau walk in. Book kat agoda je. Lagi murah

.
 Kat belakang ada pantai. Tapi pantai tu takde la cantik sangat. Setakat nak main pasir dan main di gigi air boleh lah 😀. Lagi pun laut china selatan ni tak digalakkan mandi. Bahayaa..
.
.

~View dalam bilik~
Muat pulak si Dini dok dalam ni
.

Nampak dak? Kat tepi tu boleh bentang toto lagi 😀
.
Toilet ok. Tapi yang tak bestnya sebab takde lock 😂
.
.
.
.
.
~Tempat breakfast. Tak banyak gambar sebab tengah kepung Dekma & Dini ~
.
.
Makanan not bad. Sedap jugak. Walaupun bz kepung anak-anak tapi sempat gak makan kenyang-kenyang. Hahahaha..
.
~Bestnyaaa Dekma main pasir~
.

Overall memang puas hati stay sini. Kedai makan banyak. Tak jauh darini sini. Hotel pun ok. Nak parking pun senang. Staff pun ok. Next time boleh stay sini lagi 😀
.