Share untuk semua. Semoga bermanfaat untuk semua.
🕋 Contoh Doa Hari Arafah🕋
Dikongsikan beberapa doa yang mungkin anda boleh masukkan dalam senarai doa sedia ada. Doakan kebaikan kita semua juga ya.
✅Ya Allah, kurniakan kepadaku kejayaan terbesar – selamat daripada api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
✅Ya Allah, masukkan aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
✅Ya Allah, kurniakan kepadaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.
✅Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
✅Ya Allah, selamatkan rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
✅Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
✅Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
✅Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkanlah aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkan aku daripada kehinaan pada hari hitungan amal.
✅Ya Allah, apabila aku mati, biarkan jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
✅Ya Allah, kurniakan kepadaku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.
✅Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
✅Ya Allah Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku kepadaMu. Jangan singgahkan keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
✅Ya Allah, tingkatkan kecintaanku untukMu dan NabiMu.
✅Ya Allah, ampuni aku dan tingkatkan kurnian rahmat dan rezekiMu.
✅Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.
✅Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
✅Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan Kau biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
✅Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan aku dari kalangan orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
✅Ya Allah, selamatkan aku dari fitnah Dajjal.
✅Ya Allah, selamatkan aku dari azab kubur dan azab api neraka.
✅Ya Allah, tingkatkan usahaku dalam kerja-kerja sadaqatul jariah.
✅Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
✅Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkan bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
✅Ya Allah Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
✅Ya Allah, tingkatkan kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
✅Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
✅Ya Allah, izinkan aku dan pasanganku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
✅Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
✅Ya Allah, ampuni dan berikan rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
✅Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
✅Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
✅Ya Allah, hapuskan Virus Covid19 di seluruh dunia dan sembuhkan mereka yang dijangkiti.
✅Ya Allah, ampunkan segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan ampunkan segala dosa seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Aamiinn Ya Rabbal 'Aalamiinn.
Kredit doa oleh: Sahabat Pencinta Al-Quran